Detail Cantuman
Advanced Search
Artikel Jurnal
Perkembangan Kajian Berkaitan Tafsir al-Azhar (2012-2020)
Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah yang tersohor gelarannya dengan HAMKA adalah seorang penulis dan tokoh pemikir yang terkenal dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia pada tahun 2011. Salah satu penulisannya yang menjadi magnum opus adalah Tafsir al-Azhar yang merupakan sumbangan besar kepada dunia tafsir dalam bahasa Melayu. Justeru, kajian perkembangan terhadap pentafsirannya bertujuan membina profil yang terperinci mengenai data-data kajian para sarjana tentang HAMKA yang berfokus pada pentafsirannya. Dalam kajian ini, instrumen untuk membina profil tersebut dengan menggunakan laman sesawang Mendeley Web. Sesawang ini menjadi asas kajian ini disebabkan kekuatan, keabsahan dan antara sesawang yang paling berprestij yang selalu digunakan oleh para pengkaji sebagai bahan rujukan. Analisis profil ke atas karya HAMKA dan penulisan tentang beliau dikaji secara menyeluruh dan terutamanya kajian yang berfokus iaitu kajian tentang pentafsiran beliau melalui Tafsir al-Azhar sebagai asasnya, mengikut tahun yang disediakan oleh sesawang tersebut daripada tahun 2012-2020. Perbincangan tentang kajian HAMKA secara berfokus akan diklasifikasikan kepada lapan kluster iaitu kluster bahasa, akidah, ibadah, akhlak, politik, ekonomi, sosial dan metodologi. Berdasarkan analisis yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kajian berfokus tentang HAMKA dari tahun 2012-2016 kurang rancak berbanding tahun 2017-2020. Manakala kajian berfokus tentang HAMKA terbanyak berlaku pada tahun 2020 dan sosial merupakan kluster yang banyak mendapat perhatian oleh para pengkaji.
Ketersediaan
Tidak ada salinan data
Informasi Detil
Judul Seri |
-
|
---|---|
No. Panggil |
2x16.2.1 (juni2022)
|
Penerbit | NUN Gemilang Enterprise : Malaysia., 2018 |
Deskripsi Fisik |
20 Hal
|
Bahasa |
Indonesia
|
ISBN/ISSN |
e-ISSN 2600-9080
|
Klasifikasi |
2x16.2.1 (juni2022)
|
Tipe Isi |
-
|
Tipe Media |
Text PDF
|
---|---|
Tipe Pembawa |
-
|
Edisi |
Vol. 4 No. 3 (2021)
|
Subyek |
-
|
Info Detil Spesifik |
-
|
Pernyataan Tanggungjawab |
-
|
Versi lain/terkait
Tidak tersedia versi lain